|
Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan
tenaga pekerja mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin
meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik,
elektronik, komputer dan multimedia. Dalam kurikulum Menservis
Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara tumpuan diberi kepada
kemahiran menservis empat jenis peralatan penyejukan dan
penyamanan udara iaitu peti sejuk domestik, penyaman udara
tingkap, penyaman udara jenis pisah dan penyaman udara kereta.
Mereka mempelajari cara penggunaan peralatan ujian, komponen
peralatan penyejukan dan penyamanan udara dan litar pendawaian
serta sistem kaw alan manual dan automatik. Murid menguasai
kemahiran mengesan kerosakan, membaik pulih, menyenggara dan
memasang peralatan ini.
|